MATI SEBAGAI MUSLIM
Sepanjang perjalanan hidup manusia beragama Islam tidak akan lengkap rukunnya jika ia tidak menunaikan ibadah haji dan umrah. Firman Allah. Ertinya:
"Sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah"
(Surah al-Baqarah 2:196)
Firman Allah. Ertinya:
"Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan ketaqwaan yang benar dan janganlah kamu mati kecuali sudah lengkap Islam (melakukan dengan sepenuhnya rukun-rukun Islam" .
(Surat Ali 'Imran 3:102)
PENGERTIAN UMRAH
Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Jemaah di Bukit Marwah..sesetelah selesai sa'i umrah
MAKLUMAT & SYARAT PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH 2012
PAKEJ UMRAH ADALAH TERMASUK
- Tiket penerbangan & cukai lapangan terbang
- Penginapan di Tanah Suci (Madinah dan Mekah)
- Makanan & minuman (Masakan Melayu)
- Kenderaan semasa di Tanah Suci (Bas berhawa dingin)
- Lawatan & ziarah tempat bersejarah di Mekah & Madinah (tidak termasuk ziarah pilihan)
- Khidmat Mutawwif/wakil Andalusia di Tanah Suci
- Khidmat Muassasah & Visa Umrah
- Beg pakaian besar & kecil, beg kain sembahyang, buku panduan umrah, bekalan ubat asas, air zam-zam 10 liter, hamper kecil makan dan minuman
(ANDA PERLU MENYEDIAKAN)
- Pasport antarabangsa yang masih sah laku selama 6 bulan & masih ada sekurang-kurangnya 6 muka surat yang belum digunakan.
- Buku suntikan Meningitis ACYW135.
- Salinan Surat Nikah/Kad Pengenalan Mahram/Surat Beranak sebagai bukti pertalian Mahram bagi wanita.
- Salinan Sijil Kelahiran bagi semua kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun.
- 4 keping gambar berukuran (4 cm x 6 cm) latar belakang putih, dan 80% muka daripada saiz gambar.
- Butiran peribadi untuk visa dan pendaftaran.
- Setiap penempahan hendaklah disertakan wang pendahuluan sebanyak RM300.00 & bayaran penuh hendaklah dijelaskan dalam masa 30 hari sebelum berlepas / bagi bulan Ramadhan, 30 hari sebelum 1 Ramadhan.
- Kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun hanya dikenakan cukai insurans dan visa (lebih kurang RM1,500.00).
- Kanak-kanak berumur 2 - 12 tahun dikenakan bayaran 80% daripada harga pakej. (Bagi penerbangan tambahan/penerbangan Royal Jordanian/umrah visa pelancongan, harga pakej kanak-kanak adalah sama dengan pakej dewasa).
- Jika pembatalan dibuat selepas selesai urusan permohonan visa/pembayaran tiket, penempahan hotel atau lain-lain perkhidmatan, bayaran deposit tidak akan dikembalikan & bayaran tambahan mengikut keperluan yang telah dibayar oleh syarikat akan dikenakan.
- Jadual ke-4 Akta Industri Pelancongan adalah terpakai.